Tumpu pembangunan Pekan Paris

August 14, 2024 / BY / IN Category, Keratan Akhbar

Komitmen Saddi ke arah membangunkan ekonomi masyarakat setempat

“Ia juga mengambilkira persekitaran kawasan itu yang ketika ini menjadi sebagai laluan utama ke daerah-daerah di kawasan Pantai Timur Sabah.” DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau.

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan beliau akan mula memberi tumpuan mewujudkan pembangunan Pekan Paris secara tersusun bermula awal tahun depan.

Beliau berkata walaupun tumpuan sama turut dilakukan ke atas Pekan Sukau yang bakal menjadi pusat pentadbiran daerah pada masa depan, Pekan Paris adalah amat kondusif ke arah pembangunan ekonomi rakyat setempat. “Saya pun sudak meletakkan perancangan Pekan Paris ini di bawah Pelan Strategik Pembangunan Sukau di bawah pengawasan saya. Saya begitu optimis dengan sokongan rakyat, cita-cita mewujudkan sebuah Pekan Paris yang memberi kebaikan kepada rakyat ini dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Peringkat Mukim Paris di kawasan Lapang Kampung Koyah C, dipengerusikan JKKK Koyah C M Reman Siding.

Saddi berkata perancangan pembangunan Pekan Paris itu memberi tumpuan kepada keperluan rakyat yang rata-ratanya petani di dalam tujuh kampung berkenaan.

SADDI bersama M Reman dan pemimpin yang hadir menjamah juadah Aidilfitri di Jamuan Aidilfitri Peringkat Mukim Paris

“Ia juga mengambilkira persekitaran kawasan itu yang ketika ini menjadi sebagai laluan utama ke daerah-daerah di kawasan Pantai Timur Sabah.”

“Tetapi, kita mengambilkira soal saiz dan kedudukan tanah untuk mewujudkan Pekan Paris agar pusat ekonomi ini akan terus relevan sampai bila-bila kepada keperluan ekonomi rakyat dan persekitarannya,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau Amiruddin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan, Ketua Anak Negeri Awang Ahmad, KAN Mat Said Karim serta para kakitangan UPPM Sukau dan Pengerusi JKKK yang mewakili tujuh kampung di kawasan berkenaan.

Saddi berkata sebagai pemimpin yang diberi amanah rakyat di kawasan itu, beliau akan terus memperjuangkan hak pemilikan tanah rakyat di seluruh kawasan Kampung Paris yang diperuntukkan kerajaan kepada rakyat DUN Sukau.

“Saya akan memperjuangkan hak tanah rakyat yang sekian lama menjadi isu di kawan ini selagi ada peluang dan keupayaan. Tetapi saya tidak akan dapat campur tangan jika perkara itu sudah sampai ke peringkat mahkamah. Jangankan saya, Ketua Menteri pun atau Perdana Menteri juga tidak akan berbuat apa-apa,” katanya.

Beliau menyarankan supaya rakyat di Mukim Paris menggunakan sebaik-baiknya sambutan Aidilfitri tahun ini untuk bermaaf-maafan dan mengukuhkan hubungan baik sesama mereka.

Katanya perpaduan di antara rakyat itu amat penting dalam meningkatkan lagi kerjasama memajukan kawasan itu.

Beliau kemudian mempelawa penduduk Kampung Paris menghadiri rumah terbuka anjurannya yang akan dimaklumkan nanti.

04 Jul 2017 Utusan Borneo

Arkib Web Angka Group Sdn Bhd

Angka Group

Angka Group merupakan pemain utama dalam industri kelapa sawit, dengan ladang yang luas dan amalan pertanian lestari yang memastikan hasil berkualiti tinggi.

Leave a Reply