Tentang Kami

Angka Group merupakan sebuah sebuah jenama perniagaan berstatus Bumiputera yang mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri hartanah di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah. Ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai Pemborong Angka sebelum melalui penjenamaan semula kepada Angka Group pada tahun 2007, syarikat ini telah berkembang daripada sebuah perniagaan tempatan kepada sebuah konglomerat berwibawa yang diterajui oleh visi jangka panjang dan kepakaran dalam sektor strategik.

Sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia yang kaya dengan potensi pembangunan. Angka Group tampil sebagai peneraju dalam pembangunan hartanah kediaman, komersial dan pelaburan berimpak tinggi. Keutamaan syarikat bukan sekadar membina bangunan, tetapi mencipta nilai mampan melalui perancangan menyeluruh, reka bentuk moden, serta pemilihan lokasi strategik yang memberikan pulangan optimum kepada pelabur dan manfaat berpanjangan kepada komuniti.

Dengan rangkaian anak syarikat yang kukuh di bawah naungan AG, setiap projek hartanah yang dilaksanakan adalah manifestasi komitmen kami terhadap inovasi, kualiti, dan kelestarian. Portfolio Angka Group merangkumi pembangunan perumahan moden, kawasan komersial dinamik, serta projek bersepadu yang menekankan kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Angka Group bukan sahaja berperanan sebagai pembangun hartanah, tetapi juga sebagai pemacu pembangunan ekonomi serantau. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan nilai aset komuniti, serta memperkenalkan piawaian baharu dalam pembangunan hartanah, Angka Group terus melangkah sebagai jenama Bumiputera yang gah dan disegani di peringkat nasional.

Three frequently asked questions

Angka Group merupakan sebuah jenama yang ditubuhkan berasaskan kepada Family Business dan pada masa sekarang peneraju kepada AG adalah Tuan M. Reman Bin Sideng selaku Pengurus Besar Angka Group. Selain itu, beliau juga dibantu oleh beberapa orang pengurus yang berada dibawahnya bagi melicinkan segala operasi syarikat.

Seperti yang dipaparkan pada page "Tentang Kami", Niche syarikat AG berfokus kepada pemborongan runcit pada awal penubuhannya di tahun 2007 dan seiring berjalannya waktu, AG mula meneroka bidang perladangan Sawit di bawah syarikatnya Angka Resources Sdn Bhd dan juga bidang Real Estete di bawah anak syarikat Angka Developer Sdn Bhd

Sesuai dengan tagline syarikat iaitu "Hartanahku, Syurgaku", AG mempunyai perancangan jangka masa panjangnya sendiri dan 'Blue Print' bagi setiap perancangan tersebut telah dibentangkan kepada umum bagi memastikannya berjaya untuk direalisasikan.

MISI

  1. Menggandakan hartanah dari segi tanah itu sendiri, rumah kedai, pasar dan lain-lain pembangunan
  2. Memasarkan hasil tanaman Agrotech serta sentiasa mencari alternatif yang lebih moden dan berkesan untuk membangunkan taman-taman tempat riadah dan kawasan homestay
  3. Mengimplimentasikan pemasaran yang mantap
  4. Menjadi perintis dalam membangunkan sosioeknomi masyarakat
  5. Memasarkan serta memperluaskan lagi penghasilan produk keluaran sendiri

VISI

  1. Menggunakan tanah sedia ada untuk tujuan penanaman kelapa sawit
  2. Memanfaatkan kawasan tanah yang ada dengan membina Taman Agrotech yang melibatkan pelbagai jenis tanaman, buah-buahan, pembinaan homestay serta tempat riadah
  3. Menggunakan kawasan tanah yang strategik untuk tujuan pembinaan dan kontraktor seperti bangunan kedai dan rumah
  4. Menjadi pusat pengumpulan jual-beli hartanah seperti rumah, kedai dan lain-lain bangunan
  5. Menghasilkan produk keluaran sendiri yang lebih berkualiti

OBJEKTIF

  1. Menjadikan hartanah sebagai aset utama untuk meningkatkan pencapaian pendapatan yang lebih kukuh serta menepati piawaian syarikat
  2. Mengutamakan target pemilikan tanah sawit yang telah beroperasi atau penanaman semula
  3. Menjadikan pembelian dan penjualan lot tanah, rumah dan kedai sebagai budaya dalam aktiviti perniagaan utama
  4. Menggandakan hasil pemilikan tanah dengan membina kawasan pasar, bangunan dan bandar
  5. Mencipta satu pengalaman baru dalam menghasilkan produk pertanian atau perniagaan bagi menambahkan hasil yang sedia ada seterusnya memberikan peluang kepada peniaga kecil untuk berkembang bersama

SEKTOR PERNIAGAAN

Angka Group menggunakan kepakaran dan pengalaman yang mendalam bagi mencipta kejayaan demi kejayaan sama ada yang berskala kecil mahu pun berskala besar selain menarik serta dapat memberikan impak kepada organisasi untuk terus menerokai peluang-peluang yang dirasakan lebih dinamik dan berdaya maju.

Sawit
55%
Hartanah
70%
Trading
45%
Lain-lain
30%

PENGURUSAN TERTINGGI

M REMAN BIN SIDENG

M REMAN BIN SIDENG

Pengurus Besar
ERLINAH BINTI UDEH

ERLINAH BINTI UDEH

Pengurus Besar 2
NOORLINA BINTI SIDENG

NOORLINA BINTI SIDENG

Pengurus Pentadbiran dan Perakaunan
RUSDI BIN SIDENG

RUSDI BIN SIDENG

Pengurus Keselamatan dan Hubungan Luar

KAPASITI ANGKA GROUP

1100000

Sawit

4500000

Hartanah

345000

Trading

100300

Lain-lain