Kerajaan fokus ekonomi rakyat

August 15, 2024 / BY / IN Category, Keratan Akhbar

Pasar Koyah B pemangkin ekonomi baharu Mukim Paris

KINABATANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata kerajaan prihatin untuk terus melaksanakan agenda pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, matlamat menjayakan agenda kerajaan tidak hanya dengan memajukan infrastruktur keperluan asas, namun perhatian pada agenda pembangunan ekonomi amat penting dijayakan terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, usaha itu juga perlu mendapat kerjasama semua pihak agar aktiviti ekonomi yang dirancang mencapai sasaran pelaksanaannya.

“Pasar yang dirasmikan hari ini boleh menjadi pemangkin pada janaan ekonomi rakyat dengan membawa hasil-hasil pertanian, produk kraftangan dan sebagainya boleh dipasarkan di sini.”

“Saya berharap agar pasar ini dapat menjadi pemangkin pada program-program ekonomi khususnya di Koyah B ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pasar Koyah B, di sini pada Khamis.

Menurut Saddi, golongan belia perlu proaktif dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi setempat mengikut keperluan dan peredaran teknologi pemasaran.

Katanya, dengan gabungan idea yang berkesan, kerjasama yang dilakukan akan memberi manfaat bersama seterusnya merelisasikan pembangunan yang lebih teratur.

Pengerusi penganjur, M Reman Sideng ketika ditemui berkata melalui kepimpinan kerajaan baharu idea dan pelaksanaan yang dirancang kian mendapat perhatian.

Menurutnya, ia berikutan kesediaan pemimpin menerima perancangan untuk dilaksanakan seperti Pasar Koyah B.

“Saya berterima kasih kerana majlis perasmian telah disempurnakan dan demikian juga pada pegawai-pegawai yang terlibat untuk merealisasikan pembinaan pasar ini.”

“Saya berharap pasar ini memberi manfaat pada aktiviti ekonomi kepada penduduk kampung dan sekitarnya seterusnya dapat menarik pelabur luar untuk bekerjasama melaksanakan pembangunan lain di kawasan ini,” katanya.

SADDI menandatangani plak sebagai simbolik perasmian majlis

Pasar Koyah B yang terletak di Mukim Paris dibuka untuk menjana pembangunan “dalam hutan” yang dikelilingi ladang kelapa sawit.

Ianya disasarkan menjadi kawasan baharu pada kerancakan kegiatan enonomi dan pembangunan di Mukim Paris.

Pada majlis itu, Saddi turut menyempurnakan  majlis pecah tanah masjid untuk kegunaan di kawasan itu.

Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatangan Maddenim Jemin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan Zuldahri Tujoh, Pemaju Mukim Paris Romansa Wanna, Pengerusi MPKK Kampung Koyah B Ramli Ahmad.

20 Jul 2019 Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

Arkib Web Angka Group Sdn Bhd

Angka Group

Angka Group merupakan pemain utama dalam industri kelapa sawit, dengan ladang yang luas dan amalan pertanian lestari yang memastikan hasil berkualiti tinggi.

Leave a Reply