Angka Group merupakan sebuah sebuah jenama perniagaan berstatus Bumiputera yang mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri hartanah di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah. Ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai Pemborong Angka sebelum melalui penjenamaan semula kepada Angka Group pada tahun 2007, syarikat ini telah berkembang daripada sebuah perniagaan tempatan kepada sebuah konglomerat berwibawa yang diterajui oleh visi jangka panjang dan kepakaran dalam sektor strategik.
Sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia yang kaya dengan potensi pembangunan. Angka Group tampil sebagai peneraju dalam pembangunan hartanah kediaman, komersial dan pelaburan berimpak tinggi. Keutamaan syarikat bukan sekadar membina bangunan, tetapi mencipta nilai mampan melalui perancangan menyeluruh, reka bentuk moden, serta pemilihan lokasi strategik yang memberikan pulangan optimum kepada pelabur dan manfaat berpanjangan kepada komuniti.
Dengan rangkaian anak syarikat yang kukuh di bawah naungan AG, setiap projek hartanah yang dilaksanakan adalah manifestasi komitmen kami terhadap inovasi, kualiti, dan kelestarian. Portfolio Angka Group merangkumi pembangunan perumahan moden, kawasan komersial dinamik, serta projek bersepadu yang menekankan kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Angka Group bukan sahaja berperanan sebagai pembangun hartanah, tetapi juga sebagai pemacu pembangunan ekonomi serantau. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan nilai aset komuniti, serta memperkenalkan piawaian baharu dalam pembangunan hartanah, Angka Group terus melangkah sebagai jenama Bumiputera yang gah dan disegani di peringkat nasional.







